Powered By Blogger

Monday 23 May 2011

Syurga di langit



Satu ketika dahulu diwaktu aku masih kecil, aku suka melihat bintang pada waktu malam. Ketika itu, padang di belakang rumah masih belum diteroka. Kebiasaanya selepas menunaikan sembahyang isyak, aku bersama kawan-kawan akan berbasikal bersama dan duduk melepak diatas gelong. Sambil bergelak ketawa, kami akan duduk dan berimiginasi tentang bentuk dan rupa bintang yang kami lihat. Angin malam yang membelai manja pada wajah membuatkan kami lupa tentang masalah dan pergelutan hidup yang kami hadapi. 

Masing-masing mempunyai kisah dan cerita yang ingin disampaikan. Namun kami lebih suka mendiamkan diri dan meneroka permandangan langit yang terbentang luas. Wajah suram yang kami bawa ditelenggami oleh kegelapan malam. Masing-masing cuba mencari tempat di dalam struktur dan acuan sistem dunia.  Menyimpan cita-cita untuk menongkah arus kehidupan.

Dewasa ini, tiap kali aku memandang ke langit, aku berfikir. Dimanakah semua rakan-rakan seangkatan aku dahulu. Adakah mereka menjumpai syurga di langit atau tewas dibumi?. Aku harap mereka semua baik-baik sahaja hendaknya. Sekian..

No comments:

Post a Comment