Powered By Blogger

Saturday 28 May 2011

Shadow Dancer

28/MAY/2011

Semalaman juga aku memikirkan tentang konsep dan idea yang kreatif bagi aku menghadapi peperiksaan sinematografi. Fikiran aku sekarang amat kusut akibat beban tugasan kelas dan proses penyuntingan dokumentari yang masih belum siap. Takut juga bila melihat rakan-rakan aku dengan bangganya menghantar gambar yang telah didokumentasi. Kerisauan aku semakin bertambah apabila mengenangkan yang aku sudah lama tidak mengambil gambar. Timbul persoalan pada diri sendiri, adakah aku masih boleh melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Tim pula, rakan rumah aku sibuk memikirkan siapa yang patut menang , Barcelona atau man u. Jawapan aku senang , entahlah (sebab aku sokong liverpool).  




Monday 23 May 2011

Syurga di langit



Satu ketika dahulu diwaktu aku masih kecil, aku suka melihat bintang pada waktu malam. Ketika itu, padang di belakang rumah masih belum diteroka. Kebiasaanya selepas menunaikan sembahyang isyak, aku bersama kawan-kawan akan berbasikal bersama dan duduk melepak diatas gelong. Sambil bergelak ketawa, kami akan duduk dan berimiginasi tentang bentuk dan rupa bintang yang kami lihat. Angin malam yang membelai manja pada wajah membuatkan kami lupa tentang masalah dan pergelutan hidup yang kami hadapi. 

Masing-masing mempunyai kisah dan cerita yang ingin disampaikan. Namun kami lebih suka mendiamkan diri dan meneroka permandangan langit yang terbentang luas. Wajah suram yang kami bawa ditelenggami oleh kegelapan malam. Masing-masing cuba mencari tempat di dalam struktur dan acuan sistem dunia.  Menyimpan cita-cita untuk menongkah arus kehidupan.

Dewasa ini, tiap kali aku memandang ke langit, aku berfikir. Dimanakah semua rakan-rakan seangkatan aku dahulu. Adakah mereka menjumpai syurga di langit atau tewas dibumi?. Aku harap mereka semua baik-baik sahaja hendaknya. Sekian..

12.30 PAGI... Ilham datang!

Selepas tengok Nur Kasih The Movie, tepat jam 12.30 tengah malam. Hati ini tiba-tiba teringin nak buat blog. Aku sendiri pun tak tahu kenapa muncul niat nak menulis. Selalunya bila orang baca blog (terutama bapa aku yang memang suka sangat baca blog orang) aku memang akan buat tak reti , sebab malas nak layan dengan luahan atau pandangan masyarakat yang mempunyai idea kreatif tentang permasalahan dunia (selalunya la, sebab kerap kali aku dengar dekat kedai kopi). 

Namun hari ni, aku pun dah sama terjebak. Mula-mula,  nak dekat 2 jam aku fikir nak letak tajuk dengan nama. Akhirnya aku pakai nama sendiri je la. Senang, nanti tidak adalah orang kata yang aku ni tidak ada identiti.  Aku pun tak tahu nak letak nama apa. Jadi aku pakai sajalah nama yang keluarga aku bagi.

Nama blog ini pula aku ambil dari hasil ilham Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Rumpun Melayu. Aku pilih nama ini demi mengenang cita-citanya tentang dunia perfileman melayu (aku memang peminat Allahyarham  ).Aku harap pembaca blog ini dapat bertukar pendapat dan ilmu serta memberi tunjuk ajar pada aku, selaku penulis. Kita boleh berbincang secara santai tanpa menghentam satu sama lain (aku pun gerun juga, pasal ada dengar orang bergaduh dalam ruangan blog). Apapun  saya ucapkan terima kasih jika sudi membacanya dan silalah beri sokongan. Sekian.